INFO
Romi, seorang agen insurans yang bosan dengan rutin hidupnya mengulangi perkara yang sama setiap hari telah bertemu dengan seorang lelaki misteri, Wan yang melarikan diri dari cerita sedihnya. Wan bercadang mengembara dengan Romi, yang pada mulanya enggan kerana takut dibuang kerja. Namun akhirnya Romi mengikut Wan mengembara mencari makanan terenak di Malaysia seperti gulai asam rong di Pahang, gulai masak lemak cili api daging salai di Negeri Sembilan, asam pedas di Melaka dan mi rebus tulang di Johor.Bersama-sama mengikut adalah Rudi, seorang anak muda yang bosan duduk di rumah mak ayahnya di Temerloh, Pakcik Azmi yang mengajar sekolah pondok di Selandar, Melaka dan Bunga Ramona, gadis naif dari Ipoh yang mengembara untuk bertemu dengan kekasih sibernya di Singapura.Mengisahkan tentang persahabatan, friendzone, percanggahan ideologi liberal-konservatif, anak muda dan yang paling penting, sebagai bukti empirikal banyak lagi makanan yang lebih sedap di Malaysia dan bukan sekadar mamak dan tomyam sahaja..
ROKOK NAN SEBATANG
NAMI COB NOBBLER